Kenapa aku bina nmhafiz.my
Projek aku bersepah merata, jadi aku buat satu tempat untuk catat apa aku belajar.
Masalah aku senang: projek aku bersepah merata-rata.
Ada anok-kelate. Ada LariHub. Ada threadly. Ada beberapa automation guna n8n yang aku setup untuk kerja harian, termasuk auto-post ke Facebook dan Threads. Lepas tu ada payment integration yang aku sambung untuk projek lain, tiap satu dengan quirk sendiri. Setiap kali aku settle satu benda, aku belajar sesuatu, kadang benda kecil, kadang benda yang ambil masa dua tiga hari nak faham.
Pastu aku lupa.
Catatan aku ada dalam README, ada dalam komen kod, ada dalam chat dengan diri sendiri, ada dalam kepala je yang lama-lama hilang. Bila aku jumpa balik masalah yang sama enam bulan kemudian, aku kena selesaikan dari awal sebab aku tak ingat macam mana aku buat kali pertama. Itu yang buat aku rasa membazir.
Jadi nmhafiz.my ni satu tempat untuk aku catat. Itu je. Bukan tutorial, bukan kelas. Lebih kepada log: ini apa aku buat, ini apa aku belajar, ini apa aku silap.
Kenapa BM
Bila aku google masalah teknikal, jawapan yang bagus hampir semua dalam English. Aku boleh hadam, tapi bila aku tulis nota untuk diri sendiri, aku tulis dalam BM sebab itu cara aku fikir. Jadi aku letak je dalam BM di sini. Kalau ada orang lain yang fikir sama macam aku dan jumpa benda ni berguna, bonus.
Nama sendiri, bukan studio
Aku guna @nmhafiz merentas semua platform, bukan nama studio. Sebab senang: nama sendiri lagi konsisten dan aku tak payah pening nak fikir branding. Apa yang aku tunjuk di sini adalah kerja sebenar, jadi biar kerja tu yang cakap.
Apa yang ada di sini
Dua jenis benda. Posts untuk cerita yang panjang sikit macam yang ni. Notes untuk benda pendek: satu finding, satu bug yang aku kena, satu keputusan teknikal yang aku buat. Notes ni sengaja dibiar kasar dan boleh berkembang kemudian, sebab kalau aku tunggu sampai sempurna baru publish, memang takkan keluar langsung (aku dah uji teori ni, ia tak jadi).
Stack pun ringan: Astro, deploy ke Cloudflare Pages, content dalam markdown, takde database. Aku tulis pasal ni dalam nota berasingan.
Mula hari ni. Tengok berapa lama aku boleh consistent.