Digital garden, bukan blog tradisional
Bila aku setup site ni, aku ada dua pilihan: buat macam blog biasa, atau buat macam “digital garden”. Bezanya halus. Blog rasa macam kena siap, kemas, betul, baru boleh tekan publish. Garden benarkan idea kecil duduk dulu dalam keadaan separuh masak dan tambah bila aku faham lebih.
Aku pilih garden sebab aku tahu corak aku sendiri. Tulisan lama yang aku draft dulu, banyak tak pernah keluar sebab aku rasa tak cukup lengkap, jadi aku simpan dan akhirnya lupa. Kalau aku pakai standard “kena sempurna baru publish”, site ni mungkin kekal kosong.
Sebab tu site ni ada stream notes, bukan cuma blog. Notes boleh pendek, boleh kasar, boleh berkembang kemudian. Aku rela ada yang nampak tak lengkap daripada takde langsung.