FB block auto-post ke personal profile sejak 2018
Aku cuba cari cara nak auto-post ke personal timeline FB guna official API untuk salah satu automation aku. Rupanya tak boleh. Facebook buang permission publish_actions lepas kes Cambridge Analytica 2018. Graph API sekarang hanya benarkan post ke Page yang aku admin.
Sebab tu semua tool auto-post yang aku jumpa cuma sentuh Page. Yang dakwa boleh post ke profile personal, lepas aku check, dia guna browser/cookie automation, lawan ToS, dan ada risiko ban akaun.
Akhirnya aku setup auto-post ke Page, pastu share manual ke timeline (1 tap). Tambah satu step kecil, tapi akaun tak terancam. Buat masa ni itu kompromi yang aku terima.