Kenapa aku pilih stack lean untuk build-in-public
Untuk site ni aku pilih stack yang paling ringan aku boleh fikir: Astro + Cloudflare Pages + markdown content collections. Takde database. Sebab aku tahu pasal diri sendiri, kalau publish ambil banyak step, aku akan berhenti buat.
Tiap tulisan cuma fail .md dalam src/content/notes/. Jadi semuanya version-controlled atas git: history ada, rollback senang, takde admin panel nak jaga. Hosting free dan serve dari edge, bukan satu server tunggal.
Sebab aku ada dalam markdown, nanti aku boleh ambil fail yang sama untuk auto-distribute ke platform lain (Threads, Telegram) tanpa tukar apa-apa. Itu sebab utama aku pilih markdown berbanding CMS: satu sumber, banyak destinasi.
Satu benda yang aku belum selesai, image handling masih manual dan agak menyusahkan. Belum jumpa cara yang aku puas hati. Nanti aku update kalau dah settle.